Nak copy boleh tolong bagi credit sikit

Ibu Mawi meninggal dunia

PENYANYI Mawi yang juga penyampai radio Zayan FM kehilangan ibu tercinta iaitu Ramlah Sarlan yang meninggal dunia pada waktu Maghrib, Khamis.

Berita itu disahkan oleh isteri penyanyi itu, Nora’asikin Rahmat atau Ekin.

“Innalillahiwainahilahirojiun… Buat Ibu Mertua saya Ramlah Sarlan yang telah kembali ke rahmatullah Maghrib tadi..Al-fatihah,” kata Ekin dalam status Facebook miliknya.

Dalam pada itu Ekin berkata, minggu lalu mereka sekeluarga berkampung di hospital untuk memantau keadaan Ramlah dan wanita itu dilihat kuat walaupun dalam keadaan lemah.

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/06/20/~/media/c95cdba5d809475d9f97012631c4331a.ashx?la=en

Ekin bersama anaknya, Cahaya Malaika ketika menziarahi Ramlah di hospital. Foto: Facebook Ekin.

“Minggu lepas kita semua berkampung kat hospital. Walaupun keadaan mak lemah betul tapi mak kuat dan cekal, tak penah pun dengar mak mengeluh ke complain ke… Fuh betapa hebatnya Mak… Dah tiba masanya untuk mak berehat.

“Semoga Mak di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin yarabal Alamin,” katanya.

Ramlah berumur 73 tahun.

Jenazah dijadulal dikebumikan di Felda Taib Andak, Kulai, Johor pada Khamis.

Pada 2006 Mawi kehilangan ayahnya iaitu Ani Ahmad, 66, yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN).

 

video paling hot!!

lihat apa yang berlaku bila geng-geng perempuan naik bas separa b*gel

perempuan cantik ‘dikenduri’ orang gaji selepas balik dalam keadaan Mabuk

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Please follow and like us:
error0

Reply