Nak copy boleh tolong bagi credit sikit

Kartina Aziz kena stroke di tahan dalam wad

Pelakon Kartina Aziz semalam ditahan sehari di wad Hospital Sungai Buloh selepas difahamkan mengalami strok kecil.

Menurut Kartina, dia meminta anaknya membawa ke hospital selepas merasakan ada perbezaan pada cara dia bercakap.

“Ketika solat Isyak kelmarin, saya rasakan bacaan Al-Fatihah tidak betul dan awalnya saya fikir mungkin terlalu penat. Namun apabila solat Subuh keesokkan harinya masih sama.

“Apabila tiba di hospital, doktor menahan saya di wad sementara untuk pemeriksaan lanjut. Kata doktor mungkin disebabkan tekanan darah tinggi sehingga menyebabkan strok kecil. Namun tidak ada sebarang simpton menunjukkan yang saya mengalami strok serius.

“Mungkin saya terlalu penat bekerja. Selain itu saya kini sedang terlibat dengan penggambaran drama yang mana wataknya agak berat dan banyak bercakap dengan nada tinggi,” cerita pelakon Mami Jarum ini kepada MHE TV.

Kartina dibenarkan pulang petang semalam dan masih perlu menjalani pemeriksaan lanjut di hospital sama.

Dia juga melahirkan rasa syukur kerana ramai yang prihatin apabila mendengar khabar dirinya tidak sihat.

“Pada mulanya saya hanya berkongsi gambar kepada pihak produksi untuk memberitahu tidak dapat hadir ke set penggambaran. Saya tak sangka ramai yang menghubungi dan bertanya khabar. Terima kasih kepada semua.

“Saya mohon pada Allah semoga semuanya akan dipermudahkan. Saya tidak mahu keadaan ini akan menjejaskan kerja saya dan memberi kesan kepada orang lain,” ujar Kartina. – MHE TV

Please follow and like us:
error0

Reply